Menurut Al-Waqidi dan lainnya, mereka
berkata: Satu peristiwa, pada pertempuran Yarmuk, keluarlah dari barisan musuh
seorang panglima besar musyrik, lalu dia menyeru Khalid bin Al-Walid untuk
keluar dari barisan kaum Muslimin. Khalid pun keluar dengan kuda tangkasnya,
hingga hampir-hampir kedua kuda itu berlaga kerana ketangkasannya. Maka
berkatalah panglima pasukan musyrik itu yang bernama Jarjah:
“Engkaukah yang dikenal Khalid,
panglima pasukan ini?”.
“Ya, aku Khalid pedang Allah!” jawab Khalid.
“Khalid, pedang Allah?” tanya Jarjah lagi.
“Ya“, jawab Khalid. “Dan engkau siapa?”
“Aku Jarjah, panglima perang!”
“Apa maksudmu memanggil aku ke sini?” tanya Khalid.
“Hai Khalid! Bicaralah yang benar, dan jangan berdusta! Sebab orang yang
merdeka itu tidak berdusta. Dan jangan pula engkau menipuku, kerana orang yang
berkedudukan seperti engkau ini tidak akan menipu yang lain, apa lagi bila hal
itu ada pertaliannya dengan Allah!” Jarjah ingin menguji kejujuran Khalid.
“Baiklah”, jawab Khalid. “Aku akan berkata benar dan menjawab sesuai
dengan kehendakmu!”
“Engkau mengaku diri sebagai pedang Allah,
bukan?” tanya Jarjah.
“Ya”, jawab Khalid pendek
“Apakah Allah telah menurunkan pedang itu dari langit kepada Utusan kamu,
lalu dia menyerahkan pedang itu kepadamu, dan engkau tidak akan menghunuskan
kepada sesiapa pun, melainkan engkau akan mengalahkannya?” Jarjah meminta
penerangan dari Khalid.
“Tidak!” jawab Khalid pendek lagi.
“Oh, tidak?!” Jarjah mengejek. “Jadi bagaimana engkau dipanggil
sebagai pedang Allah? Bukankah itu ajaib sekali?!” Jarjah menambah lagi.
“Tidak ajaib, jika engkau mendengar cerita yang sebenarnya!” jawab
Khalid.
“Kalau begitu ceritakanlah kepadaku!” pinta Jarjah.
“Sekarang dengarlah ceritanya:
Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada kita UtusanNya, lalu Beliau mengajak
kami memeluk Islam, tetapi kami menjauhkan diri darinya, dan kami sekalian
menyingkirkannya. Meskipun begitu ada juga setengah dari kami yang
mempercayainya dan mengikutnya, manakala yang lain mendustakannya dan
menentangnya, dan jika engkau ingin tahu aku adalah di antara orang-orang yang
mendustakannya dan menentangnya“, Khalid menceritakan dirinya dengan jujur.
“Sesudah
itu?” tanya Jarjah yang mendengar dengan
penuh minat.
“Kemudian Allah telah melembutkan hati
kami, dan membukakan pemikiran kami, lalu kami diberiNya petunjuk untuk memeluk
Islam, dan kami pun memberikan kesetiaan kami kepadanya”, Khalid berdiam sebentar mengenang dirinya di masa
lalu.
“Kemudian, apa yang berlaku?” tanya Jarjah lagl
‘Kerana aku memeluk Islam itulah, maka beliau berkata kepadaku: Hai Khalid!
Engkau ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah, yang dihunuskan Allah ke
atas kaum musyrik, dan beliau mendoakan bagiku dengan kemenangan!” jelas
Khalid.
“Sebab itulah engkau dikenal dengan
pedang Allah?!” tanya Jarjah.
“Ya, aku rasakan itu, dan aku orang yang paling keras di antara pasukan
Islam ke atas kaum musyrik”, ‘jelas Khalid lagi.
“Baiklah”, tanya Jarjah. “Engkau
membawa pasukanmu ke sini itu, untuk apa?”
“Aku datang ke sini untuk menyeru orang-orang seperti kamu kepada Islam, dan
mempercayai Tuhan yang Satu!” jawab Khalid.
“Tuhan yang Satu?” tanya Jarjah.
“Ya, dengan menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahwasanya
Muhammad itu adalah Utusan Allah, serta meyakini bahwa apa yang dibawa Muhammad
itu adalah dari Allah yang Maha Mulia“, terang Khalid.
“Kalau kami tidak mahu menerimanya?”
“Bayar upeti, dan kami akan melindungi kamu!”
“Kalau kami tidak mahu membayar upeti itu?”
“Kami akan memerangi kamu habis-habisan!”
“Baiklah, apa kedudukan orang yang
mengikut seruanmu itu, dan yang mendampingkan diri dalam apa yang engkau seru
itu?”
‘Kedudukannya dengan kami sama tentang apa yang difardhukan Allah ke atas
kami sekalian, baik dia orang berpangkat atau orang yang rendah, yang pertama
memeluk Islam dan yang kebelakangan! Yakni siapa yang mengikut Muhammad
sekarang ini akan memperoleh pahala yang sama dengan siapa yang telah
mengikutnya lama sebelum ini, iaitu balasannya dan kelebihannya?!”
“Bagaimana itu?” Jarjah meminta penjelasan.
“Ya“, jawab Khalid, “bahkan boleh jadi lebih utama lagi”.
“Bagaimana sampai begitu? Bagaimana
agamamu menyamakan orang-orang ini dengan kamu, padahal kamu sudah mendahului
mereka?” tanya Jarjah.
“Mudah saja!” jawab Khalid. “Kita orang-orang yang terdahulu
memeluk Islam secara terpaksa, kerana kita telah menentangnya sebelum itu.
Kemudian kita memberikan kesetiaan kami kepadanya sedang dia hidup di sisi
kita, berita-berita langit sedang turun kepadanya, dia memberitahu kita tentang
firman-firman Allah itu serta dibuktikannya dengan keterangan-keterangan yang
tidak dapat diragukannya lagi“, kata Khalid.
“Jadi, apa alasannya?” tanya
Jarjah lagi.
“Jadi orang-orang seperti kita ini sudah melihat semua bukti-bukti itu, dan
kami mendengar sendiri darinya, sudah seharusnyalah kami mengikutnya dan
menganut kepercayaannya. Tetapi kamu tidak seperti kami, kamu tidak melihat apa
yang kami lihat, dan kamu tidak mendengar seperti apa yang kami dengar dan
berbagai keajaiban dan bukti-bukti yang membenarkan seruan dan dakwaannya. Jadi
barangsiapa yang mengikut perkara ini di antara kamu dengan kebenaran dan niat
yang baik, tentulah dia lebih utama dari kami”.
Jarjah terharu dengan penerangan Khalid
itu, lalu dia berkata: “Demi Allah, aku yakin engkau telah mengatakan yang
benar, dan engkau tidak menipuku!”
“Demi Allah, aku telah berkata yang benar, tiada suatu pun yang aku
sembunyikan, dan Allah telah membantuku untuk menjawab soalan-soalanmu itu
dengan yang benar”, terang Khalid.
“Kalau begitu, apa gunanya lagi aku menyandang perisai ini“, kata
Jarjah, dia lalu melepaskannya, sambil memeluk Khalid dan berkata: “Hai
Khalid! Ajarkanlah aku agama Islam itu!” pinta Jarjah.
Khalid Ialu mengajak Jarjah datang ke kemahnya, lalu
disiramkan ke atasnya dengan qirbah air (kulit kambing yang dibuat untuk
mengisi air), kemudian diajaknya Jarjah bersembahyang dengannya dua rakaat.
Akhirnya pasukan Romawi kecewa apabila Jarjah tidak
kembali lagi kepada mereka. Lalu mereka memulai penyerangannya kepada pasukan
Islam, dan pada mulanya mereka merasa bangga dengan kemenangan kecil di mana
mereka dapat mematahkan sayap-sayap pasukan Islam, kecuali yang sedang
dipertahankan oleh lkrimah bin Abu jahal ra. dan Al-Harits bin Hisyam ra.
Khalid bin Walid ra. pun keluar ke medan peperangan untuk menyelamatkan pasukan
Islam, dan keluar bersamanya Jarjah yang baru memeluk Islam. Keduanya pun memimpin
pasukan Islam di tengah-tengah pasukan Romawi yang mencoba mengepung pasukan
Islam. pasukan Islam pun berteriak semangat dan menggempur di belakang
panglimanya, si pedang Allah, sehingga akhirnya pasukan Romawi tidak mampu
bertahan lagi, dan mereka pun mundur kebarisan mereka yang asal.
Khalid terus berjuang pedang dengan pedang
bersama-sama pasukan Islam yang telah kembali semangat perjuangannya, sedang
Jarjah turut berjuang sebelah-menyebelah dengan pasukan Islam dari sejak tengah
hari hingga matahari akan terbenam dan masuk waktu maghrib. Pasukan Islam
bersembahyang shalat Dzhuhur dan Asar secara menunduk-nunduk saja kerana
hebatnya pertarungan yang berlaku di antara dua pihak itu.
Akhimya Jarjah, moga-moga Allah merahmatinya, gugur
syahid setelah mendapat luka-luka berat, dan dia tidak bersembahyang kepada
Allah selain dua rakaat yang dikerjakannya dengan Khalid ra. ketika dia memeluk
Islam itu.
(Al-Bidayah Wan-Nibayah 7:12 – Menurut Abu Nu’aim
dalam “Dalaa’ilun Nubuwah”, nama panglima Romawi itu ialah jarjir bukan
jarjah.)